Mahaguru Muda
YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor. Bermula di alam persilatan ketika berumur 6 tahun sekitar tahun 1975 di Gelanggang Taman Melewar, Gombak, Selangor. YM. Mahaguru Muda telah ditabalkan sebagai Mahaguru Muda pada 7 Mac 2015. Beliau juga adalah merupakan Pengerusi Majlis Tertinggi PSSLM dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).