Pendekar Hasni Bin Muhamad Nor
(Maklumat Masih Dicari)
Pendekar Abas
Menjadi ahli PSSLM sekitar dalam tahun 1969 di gelanggang Kg. Pandan, Kuala Lumpur.
Mendapat gelaran pada : Tahun 1974
Paduka Guru Muda Pendekar Mohd. Yusof bin Mohd. Nor (allahyarham)
Dilahirkan pada 23 Januari 1943. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1969 di gelanggang Maktab Tentera Di Raja Sg. Besi. Beliau pernah bertarung dengan seorang pakar beladiri jepun Sensei Go Otsuka di dalam filem Selangkah Ke Alam Batin (One Step to The Beyond).
Mendapat gelaran pada : Tahun 1975
Jawatan Yang Disandang
Paduka Guru Muda PSSLM
Pendekar Haji Chin Bin Hajeed
Dilahirkan pada 30 Mac 1950. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1975 di gelanggang Kg. Kastam, Sg. Glugor, Pulau Pinang.
Mendapat gelaran pada :
Pendekar Borhan Bin Ahmad
Dilahirkan pada 24 Julai 1969. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1985 di gelanggang Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau juga pernah bertarung dengan pakar beladiri jepun sewaktu penggambaran dokumentari beladiri Jepun di Kg. Malaysia, Sg. Besi, Kuala Lumpur.
Pendekar Noorlizam Bin Abdul Rahim
Dilahirkan pada 15 Disember 1976. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1990 di gelanggang Kg. Gajah, Butterworth, Pulau Pinang. Dikenali sebagai Cikgu Mat dikalangan Jurulatih dan sahabat di Pulau Pinang. Pernah beraksi di dalam penggambaran Selangkah Ke Alam Batin 2.
Mendapat gelaran pada : Tahun 2006
Pendekar Mohd Azizi Bin Haji Hassan
Dilahirkan pada 2 Januari 1977. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1993 di gelanggang Sek. Men. Vokasional Sri Manjung, Perak. Beliau adalah pendekar yang ketujuh di dalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan pernah beraksi di bumi Chung Ju, Korea Selatan sempena World Festival Martial Arts di sana.
Mendapat gelaran pada : Tahun 2008
Pendekar Mohammad Al-Faiz bin Abd. Hamid
Dilahirkan pada 14 Mac 1982. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 2003 di gelanggang UPM Serdang. Dikenali sebagai Cikgu Bentan dikalangan Jurulatih dan sahabat. Menjadi tenaga pengajar di Gelanggang PSSLM UPM, KUIS, Taman Universiti Indah, dan Kembangsari (Semuanya di Serdang Selangor) Terlibat sebagai kumpulan pertama yang mengembangkan Senaman Jurus Lincah (SJL)
Mendapat gelaran pada : Tahun 2011