Username:    Password:    Remember me  
Amanat Mahaguru


Orang-orang melayu yang mempunyai personaliti unggul yang berhemah dan berbudi tinggi, berjaya dalam pengajian dan segala bidang yang diceburi, begitu lah saranan YAB. Perdana Menteri yang juga Ulul Amri II PSSLM, mencabar orang-orang melayu meningkatkan usaha dan menaikkan imej maruah bangsa. Budaya berhemah, berbudi bahasa, berdisiplin dan kesetiaan adalah amalan dan teras kepada PSSLM. Budaya inilah yang menjadi tunjak kekuatan PSSLM. Budaya inilah yang telah menyemarakkan perkembangan PSSLM sejak ditubuhkan empat dekat yang lalu, bermula dengan lima orang anak murid dan kini telah menjangkau lebih 800,00 ribu anak murid di dalam dan serata dunia, telah menganuti dan mempelajarinya. Satu jangka masa yang lama. Satu jumlah ikutan yang boleh dibanggakan.

Mencukupikah kita dengan pencapaian ini? Mungkin dari saya ia adalah satu pencapaian diri tetapi PSSLM dizahirkan bukan untuk saya mendabik dada tetapi untuk orang Melayu memertabatkan budaya Melayu untuk memberi kesinambungan warisan Hang Tuah, Hang Jebat, Mat Kilau, Tok Bahaman Wira Melayu yang telah berjaya mempertahankan dan memperjuangkan budaya yang telah terbukti menjadi teras kekuatan Melayu. Budaya yang disegani dan dihormati oleh kaum lain dan masyarakat antarabangsa. Bersesuaian dengan saranan Ulul Amri II kita, pemimpin yang kita sanjung, haruslah kita sambut saranan itu dengan penuh kesetiaan mengorak langkah, langkah yang membawa kita ke arena global, langkat yang bukan hanya untuk mempertahankan diri, bukan hanya gelanggang seni tetapi langkah yang lebih dalam, langkah yang dapat menimba kekuatan mental, ketahanan diri, berdisiplin dan berwawasan untuk melahirkan jaguh, melahirkan ilmuan, mampu bersaing, mampu menterjemah, mencipta ilmu Al-Quran untuk kebaikan ummah. Inilah tanggungjawab kita sebagai pewaris kepada generasi Melayu yang akan datang. Kita mesti membarakan slogan TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Kita lah pembawa bendera ini.

Inilah amanat saya, inilah agenda yang hendak saya cadangkan kepada PSSLM, agenda utama untuk sepuluh tahun yang akan datang. Agenda yang mampu untuk melahirkan Wira Negara. Wira Melayu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Wira bertaraf global.


Mahaguru & Pengasas

Mahaguru

Allahyarham Mahaguru Master Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor [Lagi]

Mahaguru Muda

Megat

YM. Mahaguru Muda Datuk Wira Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, dilahirkan pada 16 Oktober 1969 di Selangor [Lagi]


Paduka Guru Muda

 Khairudin Tajudin
Syed Johari

Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa, Paduka Guru Muda Dr. Hj. Tajuddin Bin Hj. Mansor, Paduka Guru Muda Syed Mahmud Bin Syed Hj. Daud Dan Paduka Guru Muda Johari Bin Jantan Adalah Merupakan Paduka-Paduka Guru Muda PSSLM Yang Telah Dilantik Oleh YM Mahaguru [ Lagi]

Pendekar



Gelaran Pendekar Ialah Gelaran Istimewa Yang Hanya Akan Dikurniakan Oleh Mahaguru Kepada Pesilat-Pesilat Yang Mempunyai Kebolehan Yang Tinggi Didalam Ilmu Persilatan. [Lagi]