Omardin pamer ilmu persilatan
Oleh Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian,com.my

SIAP SEDIA: Omardin berbaring untuk ditanam hidup-hidup pada demonstrasi di padang latihan Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, di Beranang, semalam.
|
KAJANG: Mahaguru dan Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju semalam menunjukkan demonstrasi ditanam hidup-hidup dalam sebuah lubang seperti kubur selama kira-kira lima minit.
Demonstrasi diadakan di padang latihan Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, Beranang, sempena penggambaran rancangan Panorama, terbitan RTM, selain memberi galakan kepada anak muridnya untuk terus dalami ilmu persilatan.
Ketika ditemui selepas demonstrasi itu, Omardin berkata, kali terakhir beliau melakukan demonstrasi itu empat tahun lalu ketika berusia 65 tahun depan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, demonstrasi itu bukan bertujuan menunjuk-nunjuk atau melawan kuasa Allah, sebaliknya menunjukkan kepada masyarakat bahawa ilmu persilatan juga mempunyai keistimewaan dan kelebihan seperti seni mempertahankan diri lain.
Beliau yang kini berusia 69 tahun berkata, sebelum demonstrasi itu, beberapa pihak, terutama ahli keluarga melarangnya melakukan demonstrasi itu kerana khuatir keadaan kesihatannya.
"Bukannya takbur, tetapi sekadar membuktikan tingginya kekuatan silat Melayu dan kemampuan masyarakat dulu untuk mempertahankan negara dengan bersilat bukannya sesuatu yang mustahil dan mitos semata-mata.

|
DETIK GENTING: Pesilat menggali semula Omardin selepas ditanam. |
"Demi menjaga maruah, di samping membuktikan kehebatan ilmu persilatan, saya lakukannya juga dan berharap kisah ini akan difilemkan dan menjadi rujukan untuk generasi akan datang," katanya.
Omardin berkata, bagi membuktikan ilmu persilatan mampu melakukan perkara di luar jangkauan fikiran manusia, termasuk berada dalam tanah sedalam kira-kira dua meter, beliau sanggup ditanam dalam lubang seperti liang lahad selama kira-kira lima minit.
Bagaimanapun, katanya, keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan menyebabkan demonstrasi terpaksa dilakukan pada waktu yang singkat, sambil mengakui kudratnya bukan seperti di awal 20-an dulu yang mampu berada selama lebih 10 jam dalam lubang sedalam kira-kira dua meter.

|
SELESAI: Omardin diangkat keluar selepas lima minit ditanam di dalam lubang. |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keratan akhbar yang diambil dari Mukasurat 2, Warta Perdana Bil 974 bertarikh 22 Jun 2008.
Artikel tentang cadangan Y.M Dato' Mahaguru penggunaan basikal sebagai salah satu cara untuk mengurangkan masalah tentang kenaikan minyak
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Delegasi Lincah temui Muhyiddin
Mahaguru Dato' Haji Omardin Mauju, mengetuai delegasi tertinggi Silat Lincah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keratan Akhabar Majlis Makan Malam PSLLM "Jasamu Dikenang"
Majlis makan malam ni sempena mengenang jasa Tan Sri Muhammad Taib diatas jasa beliau kepada Silat Lincah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Chearradi
lahir hari ulang tahun perkahwinan
KUALA
LUMPUR: Pasangan Wan Zurina Omardin, 36 dan suami, Chearradi El
Habib, 35, beroleh dua kegembiraan serentak kerana selain mendapat
anak lelaki yang lahir pada Hari Kemerdekaan, semalam adalah hari
ulang tahun perkahwinan mereka.
Anak
lelaki mereka yang diberi nama Chearradi Mohamed Yasser, seberat
3.5 kilogram lahir jam 12.11 pagi di Hospital Pusrawi.
“Kelahiran ini keajaiban kurniaan Allah kerana dilahirkan
sebagai anak merdeka,” katanya ketika ditemui selepas bersalin.
Saat
kegembiraan pasangan itu turut dikongsi ibu Wan Zurina, Datin
Raja Azizah Raja Ahmad iaitu isteri Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan
Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju dan abangnya,
Megat Zulkarnain Omardin.
Sebelum
ini pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Chearradi Ashaimaa
Sahdia berusia empat tahun
Omardin
bersyukur kerana cucunya lahir pada Hari Kemerdekaan dan berharap
akan menjadi pewaris kepada pertubuhan berkenaan.
_______________________________________________________________________________