
- Comments:
- Category: Misc



KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sekiranya benar ada dalang di sebalik tunjuk perasaan di Indonesia, saya cabar mereka tampil untuk dedahkan diri di sini.
Amaran keras itu dilafaz Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju kepada individu atau mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai perosak negara dengan mendalangi peristiwa 'hitam' di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam.
Beliau ketika dihubungi di sini hari ini berkata, cabaran itu dilakukan kerana beliau sendiri merasa tercabar melihat Jalur Gemilang dipijak selain sedih mendengar khabar Kedutaan Malaysia yang menjadi jambatan kepada perhubungan dua negara dilempar dengan najis.
"Saya terkejut melihat reaksi rakyat Indonesia ke atas kedutaan kita. Jika benar ada dalang daripada rakyat negara ini dan jika benar dalang itu betul-betul berani, sila dedahkan diri anda," katanya.
Omardin menambah, beliau turut menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli persatuan silat itu mengenai tindakan yang perlu diambil.
"Apa pun, kita tidak akan bertindak melakukan perbuatan seperti penunjuk perasaan itu. Kita di sini lain, sentiasa menggunakan akal dan fikiran yang waras untuk menjaga keharmonian.
"Itu bagaimanapun tidak bermakna kita gentar. Sekiranya negara ini diceroboh, kita sanggup melawan meskipun negara ini kecil. Tidak perlulah gertak kita selalu," katanya.
Beliau dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku ketika ini.
"Kita sebagai bangsa serumpun tidak perlulah berbalah begini. Di rumah saya sendiri ada lima orang gaji Indonesia, mereka kita tatang bagai minyak yang penuh," katanya.
Aug 02
Tahniah Buat Yang Mulia Datuk Mahaguru Haji Omar Din Bin Mauju Yang Telah Menerima Anugerah Dari Presiden WUKF Prof Osualdo Messias De Oliveira Dari Brazil, Yang Disampaikan Oleh Wakil Dari Malaysia Master Pathmanathan ( World Union Karate do Federation)
Rujukan Dari Facebook Yang Mulia Datuk Mahaguru Hj. Omardin Bin Mauju
| Bil | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Kedudukan |
| 1 | Kuala Lumpur | 3 | 6 | 3 | Ketiga |
| 2 | Selangor | 6 | 2 | 3 | Johan |
| 3 | Johor | 1 | |||
| 4 | Negeri Sembilan | 2 | 2 | 6 | |
| 5 | Perak | 4 | 2 | 1 | Naib Johan |
| 6 | Pulau Pinang | ||||
| 7 | Kedah | 2 | 2 |
| Pingat | Nama Negeri | Nama Peserta |
| Emas | Negeri Sembilan | Muhammad Zariat B. Md Yusuf Muhd Harith B. Shahari |
| Perak | Selangor | Muhammad Hafiz B. Bahar Muhammad Arif B. Abdul Jalil |
| Gangsa | Kuala Lumpur | Muhammad Hairul Nizam B. Madon Muhammad Firdous B. Mohd Noor |
| Pingat | Nama Negeri | Nama Peserta |
| Emas | Selangor | Noor Azielah Bt. Jamil Mimi Athirah Bt. Muhammad Ashrah |
| Perak | Johor | Ina Farhana Bt. Ayob Nurfashihah Bt. Hamidon |
| Gangsa | Kuala Lumpur | Normanjalina Bt. MadonNor Farahain Bt. Mohd Ghozali |
| Pingat | Nama Negeri | Nama Peserta |
| Emas | Selangor | Muhammad Hafiz B. Bahar Muhammad Arif B. Abdul Jalil Noor Azielah Bt. Jamil Mimi Athirah Bt. Muhammad Ashrah |
| Perak | Kuala Lumpur | Muhammad Hairul Nizam B. Madon Muhammad Firdous B. Mohd Noor Normanjalina Bt Madon Nor Farahain Bt. Mohd Ghozali |
| Gangsa | Perak | Mohd Lufti B. Mohd Radzi Mohd Irzha B. RusliMaizatul Nurakmar Bt. Jaafar Siti Zulaikha Bt. Mohd Darus |
| Pingat | Nama Negeri | Nama Peserta |
| Emas | Selangor | Muhammad Hakim B. Zulkarnain Muhammad Zulmi B. Sofiyan Muhammad Azrad B. Ismail Muhammad Zaki B. Julis Nurrin Fatiha Bt. Roslan Silfia Diora Bt. Mohd Amin Muhammad Hafiz B. Bahar Muhammad Arif B. Abd Jalil |
| Perak | Kuala Lumpur | Muhammad Fiqran B. Latip Muhammad Amirul Adli B. Johari Muhammad Firdaus B. Mohd Noor Muhammad Hairul Nizam B. Madon Normanjalina Bt. Madon Nasuha Bt. Malik Fisul Nurul Nasuha Bt. Abd Aziz Nor Farahain Bt.Mohd Ghozali |
| Gangsa | Negeri Sembilan | Khairul Hafizi B. Musa Muhammad Hanif B. Shaharudin Muhd Khaidir B. Zainudin Muhd Ammar B. Azali Muhammad Zariat B. Md Yusof Muhd Harith B. Shahari Norhani Bt. Mohd Nan Aqilah Diyana Bt Abdul Talib |
| Tarikh | : 22hb. Julai 2010 - 25hb. Julai 2010 | |
| Lokasi | : Ipoh, Perak Darul Ridzuan | |
| Rujukan | : Facebook Cikgu Azrol Nizam Razlan |
Kunjungan Hormat Semua Seni Pertahan Diri Negara
Yang Diketuai Oleh YM Dato Mahaguru Haji Omardin
Sumber Rujukan Dari Facebook Yang Mulia Datuk Mahaguru Hj. Omardin Mauju
Dirasmikan Oleh YB. Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim
Sumber Rujukan Dari Facebook Yang Mulia Datuk Mahaguru Hj. Omardin Mauju